PENUTUP 📒

Berdasarkan filem Bajrangi Bhaijaan yang ditonton selama 1 jam lebih, kami dapat menyimpulkan bahawa kaitan terhadap konsep Falsafah dan Isu Semasa amatlah ketara. Melalui projek kritik filem ini juga kami mendapati bagaimana prinsip Falsafah dan Isu Semasa adalah asas kepada kehidupan dan amatlah diguna pakai dalam seharian kerana ia melibatkan bagaimana kita berfikir sebagai seorang manusia. 

Dalam laporan e-portfolio ini juga, membincangkan beberapa perkaitan yang meliputi prinsip dan konsep falsafah dengan mesej tersirat yang ingin disampaikan dalam filem Bajrangi Bhaijaan. Hal ini amat berguna kerana ia memupuk kami sebagai pengkritik filem dan juga pelajar untuk berfikir secara kritis demi mencari kebenaran dan aspek yang berkaitan dengan kursus yang dipelajari iaitu Falsafah dan Isu Semasa. 

Bercakap mengenai pengajaran, filem Bajrangi Bhaijaan ini merangkumi pelbagai pengajaran dan nilai positif yang boleh di aplikasikan dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah, menjadi seorang yang mempunyai sifat perikemanusiaan antara sesama manusia. Hal ini kerana individu lain akan menilai agama dan budaya kita dari segi perwatakan kita, kebaikan kita dan sifat perikemanusiaan dalam diri kita. Kita sebagai seorang individu yang membawa ajaran sesebuah agama dan budaya itu haruslah menunjukkan sikap yang baik kepada masyarakat lain. Sebagai contoh yang kita boleh lihat dalam satu babak daripada filem Bajrangi Bhaijaan dimana seorang yang berpengalaman dalam ilmu agama Islam mendekati Pawan dan berbuat baik kepadanya kerana itulah yang diamalkan sebagai seorang Islam. Hal itu sedikit sebanyak telah menyentuh hati kecil Pawan yang merupakan seorang penganut agama Hindu.




PUJIAN DAN KRITIKAN ☕

PUJIAN: KONSEP PRINSIP RUKUN NEGARA (Kepercayaan kepada Tuhan)

TOLERANSI DALAM AGAMA

 


  • Dalam filem ini, kita juga diajar untuk bertoleransi sesama agama dengan menerima bentuk ibadah setiap agama dengan baik iaitu menghormati agama lain yang sedang beribadah. Sebagai contohnya, Pawan menunjukkan sikap toleransi terhadap agama lain. Pawan juga menerima perilaku yang baik dari salah seorang pemimpin agama di masjid ketika dia mengambil Munni kembali ke Pakistan. 


KRITIKAN

Permainan busuk politik dalam menggunakan media massa .Dalam filem ini telah membuktikan bahawa zaman fitnah ini manusia semakin tamakkan harta sehingga tergamak menayangkan berita-berita palsu dan fitnah demi pangkat, harta dan sewaktu dengannya. Babak dimana Nawazuddin Siddiqiue sebagai wartawan yang mahu menyiarkan berita sahih tentang Bajrangi Bhaijaan tidak diterima kerana kisah ini seolah-olah tidak akan mendapat sambutan oleh masyarakat. Tetapi, apabila kisah beliau sudah mendapat tontonan tertinggi di Youtube, pada ketika itulah semua siaran TV mahu menyiarkan berita tentangnya kerana mahukan populariti.


PUJIAN : KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 

 


 

  • Permusuhan yang harus ditinggalkan. Permusuhan antara dua negara seperti sudah biasa kita dengar, seperti India dan Pakistan. Rusuhan dan perhimpunan haram masih sering dilihat dalam kehidupan seharian kita sehingga hari ini. Pertikaian antara sesama saudara atau dua kelompok harus ditinggalkan dan dihapuskan. Kerana, kedamaian itu sangat indah. Kisah perjuangan Pawan untuk memulangkan Munni ke pangkuan keluarganya mampu menghilangkan rasa pentingkan diri sendiri dan mengingatkan kita akan kedamaian seperti yang ditayangkan di dalam satu babak terakhir Bajrangi Bhaijaan.  

  

KRITIKAN

Helah dan tipu adalah dua perkara yang berbeza. Satu babak dalam file mini adalah apabila Pawan mahu menghantar semula Munni ke Pakistan dengan membawa sifat/sikap jujurnya yang keterlaluan. Dalam Islam, ketika peperangan kebiasaannya tentera Islam akan menggunakan strategi dan helah untuk mengalahkan tentera musuh. Dalam ajaran Islam tipu dan membohong merupakan satu dosa, tetapi helah dibenarkan dalam Islam. Kerana helah bukanlah menipu. 

 

PUJIAN : KONSEP SEJAHTERA (Saling bantu membantu)

MEMBANTU TANPA SYARAT



  • Dalam filem ini, Pawan mengajar kita supaya menghulurkan bantuan tanpa syarat, membantu dengan ikhlas tanpa mengambil kira latar belakangnya. Mesej ini disampaikan melalui sikap Pawan yang cuba membantu Munni dengan menghantarnya kembali ke Pakistan walaupun nyawanya menjadi pertaruhan. Nilai-nilai murni yang dipaparkan dalam filem ini membuatkan kita sedar bahawa jika kita mahu membantu orang lain, tidak sepatutnya kita  melihat status mereka.

 
 BERSERAH DIRI DAN BERSABAR

  • Filem ini juga memaparkan watak Pawan yang sentiasa bersabar dan menyerahkan diri kepada Tuhan. Banyak kesukaran yang beliau hadapi saat membawa Munni kepada ibubapanya. Ia membuatkan kita sedar dalam hidup ini tak semuanya mudah. Kunci kepada semua itu ialah sikap kesabaran dan berserah diri yang harus terus ditanamkan di dalam diri kita.

 KRITIKAN 

Leraikanlah kebencian dan pupuklah kasih sayang merupakan isi paling penting dalam filem ini yang mahu ditonjolkan oleh Kabir Khan ialah permusuhan antara India dan Pakistan yang terlalu lama ini mestilah dihentikan bagi mewujudkan suasana harmoni di antara keduanya, kerana dengan kebencian maka sukar untuk menghubungkan antara seseorang dengan seseorang yang mereka kasihi. Hentikanlah permusuhan ini dan kebencian yang semakin menjadi-jadi antara kedua negara ini. Sudah terlalu banyak filem hindi yang mahukan kebencian ini terlerai dan digantikannya dengan kasih dan sayang.