IDEOLOGI PLURALISME
Pluralisme adalah pandangan falsafah yang dilakukan oleh seseorang/kumpulan dengan tidak membeza-bezakan sesuatu berdasarkan prinsip, dan menerima kepelbagaian yang mempunyai pelbagai bidang seperti unsur budaya, agama, dan politik. Walaupun dalam kes ini, pluralisme adalah penerimaan bagi setiap individu yang mempunyai idea bahawa perbezaan budaya yang ada antara orang mesti dihormati dan dipelihara. Ini bermaksud bahawa setiap masyarakat menyedari bahawa perbezaan budaya mereka dan kepelbagaian yang ada adalah kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Kepelbagaian budaya adalah akar bangsa yang layak menjadi asas bagi pembentukan negara besar.
Salah satu babak yang memaparkan ideologi pluralisme dalam filem Bajrangi Bhaijaan adalah dimana Rushika dan Pawan bercakap mengenai ayah Rushika jikalau ayah Rushika mengetahui ternyata Munni merupakan seorang yang menganut agama islam manakala ayahnya Rushika seorang yang menganut agama hindu. Di dalam babak tersebut memperlihatkan yang ayahnya tidak menyukai orang berbeza agama duduk bersama di dalam rumah nya.
IDEOLOGI NASIONALISME
Ideologi nasionalisme adalah salah satu dari macam-macam ideologi yang menitikberatkan kepada kedaulatan negara. Ini adalah ideologi mengenai kesedaran dan semangat cinta akan negara dan negara yang ditunjukkan melalui sikap individu atau masyarakat. Terdapat beberapa babak yang mencerminkan jiwa nasionalisme yang boleh diperoleh dalam filem Bajrangi Bhaijaan ini.
Babak di atas menunjukkan perlawanan sukan Kriket diantara Pakistan dan India, apabila Pakistan memenangi acara sukan tersebut, Munni terus bersorak kegembiraan dan mencium televisyen.
IDEOLOGI SOSIOLISME
Sosialisme mempunyai prinsip kesaksamaan dan kesaksamaan untuk rakyat, ia juga dapat membentuk masyarakat yang dapat bekerjasama antara satu sama lain dan memupuk perpaduan dengan hak yang sama. Kerelevannya terhadap filem ini adalah dimana apabila mereka mengetahui bahawa Pawan akan dibebaskan bukan saja rakyat India berarak dan berkumpul malah rakyat Pakistan pun turut serta, mereka berkumpul di antara sempadan masing-masing. Walaupun kedua negara ini mempunyai konflik politik akan tetapi disebabkan ketidakadilan yang dilakukan terhadap Pawan mereka malah bersatu dan menyokong antara satu sama lain.


No comments:
Post a Comment