NILAI-NILAI 📖

KERELEVENAN NILAI BAIK DAN BURUK DENGAN KONSEP FALSAFAH

1) KEPERCAYAAN


Salah seorang penduduk kampung memberi cadangan kepada ibu bapa Munni untuk menghantarnya ke suatu tempat di India yang dikenali sebagai Hazrat Nizamuddin Auliya di Delhi. Tempat ini dipercayai boleh menyembuhkan penyakit bisu yang dialami Munni sejak lahir. Penduduk kampung itu pun telah dirawat di sana pada dirinya berusia 5 tahun yang mengalami kesukaran bercakap pada waktu itu. Ibu Munni sanggup membawanya ke India untuk merawat masalah bisu yang dialami oleh anaknya itu. Dengan semangat yang ditunjukkan oleh ibunya, bapa Munni bertindak untuk menjual sebahagian haiwan peliharaannya iaitu kambing biri-biri, untuk mendapatkan wang tambahan untuk menampung kos perjalanan Munni dan ibunya ke negara India. Jalan cerita ini boleh dikaitkan dengan konsep falsafah metafizik. Falsafah fizik menyentuh persoalan realiti kebendaan atau perkara yang dapat diketahui melalui pengalaman empirikal dan dapat difahami oleh akal rasional.

 

2) KESABARAN & KETABAHAN


Pawan sedang dalam perjalanan menghantar Shahida pulang ke rumah keluarganya dengan menggunakan jalan tikus atau terowongan antara sempadan Pakistan dan India. Sempadan ini dikawal ketat oleh anggota keselamatan kedua-dua negara tersebut. Dipertengahan perjalanan mereka, mereka telah dijumpai oleh pasukan tentera Pakistan dan dimarahi serta diminta pulang semula ke India namun Pawan masih tidak bergerak. Kemudian mereka menjumpai pasukan tentera tersebut buat kali kedua namun dengan situasi yang berlainan dengan belas kasihan daripada ketua kumpulan keselamatan tersebut. Pegawai keselamatan itu melihat keikhlasan hati bajrangi terpancar pada wajahnya yang hanya mahu menghantar Munni ke pangkuan keluarganya dan bukanlah dengan tujuan lain seperti mana yang difikirkan oleh pasukan tentera yang mendakwa Pawan adalah mata-mata kerajaan India. Oleh itu, ketua pasukan tentera Pakistan kasihankan mereka berdua lalu membenarkan mereka meneruskan perjalanan ke Pakistan. Ini dapat dikaitkan dengan falsafah psikologi yang bermaksud memahami minda dan tingkah laku manusia dengan lebih baik seperti yang dilakukan oleh pegawai keselamatan tersebut.

 

3) KEMANUSIAAN - SALING MENGAMBIL BERAT

 


Antara nilai baik yang diperoleh daripada filem Bajrangi Bhaijan ialah kehidupan mereka yang saling mengambil berat antara satu sama lain dimana sekumpulan orang kampung membantu mencari Shahida yang tidak pulang ke rumah pada petang itu walaupun secara logiknya, orang kampung dan keluarga Munni tidak mempunyai sebarang pertalian langsung. Pada waktu itu, ibu Shahida memberitahu ayahnya bahawa Shahida belum pulang ke rumah. Ayah Shahida sangat risau akan keselamatan anaknya kerana dia tidak mampu bercakap mahupun bersuara, lalu ayahnya segera meminta bantuan sekumpulan penduduk kampung untuk mencari Shahida. Setelah beberapa jam mencari akhirnya Shahida telah berjaya dijumpai di tebing gunung dalam keadaan berpaut pada dahan pokok. Rupa-rupanya Shahida sedang bermain dengan permainan roda tolaknya yang tiba-tiba rodanya telah tercabut dan pada masa yang sama Shahida berlari untuk mendapatkannya. Namun Shahida telah terjatuh ke tanah lalu berguling ke arah cerun bukit dan jatuh. Nasibnya baik sempat berpaut pada dahan pokok tersebut. Melalui jalan cerita ini, boleh dikaitkan dengan konsep falsafah etika. Falsafah etika berkaitan ilmu yang mengkaji pelbagai isu baik tentang tabiat dan semua faktor yang dapat mempengaruhi kehidupan manusia.

 


Nilai buruk yang terdapat dalam filem Bajrangi Bhaijaan adalah tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab. Ejen pelancongan tidak membawa Munni ke Pakistan sebaliknya membawa Munni ke rumah pelacuran untuk dijual ke sana. Dia tidak amanah dalam menjalankan tugasnya untuk membawa pulang Munni dengan selamat ke tanah airnya dan mengambil duit yang diberikan oleh Pawan untuk kegunaan peribadi.  Terdapat komponen Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu emosi. Ia membentuk pemikiran dan sifat seseorang, setiap manusia mempunyai perasaan yang berkait rapat dengan minda, emosi. Ciri seseorang yang sihat dan harmoni dari segi aspek emosi adalah memiliki perasaan kasih sayang kepada semua orang.  Ini boleh merosakkan moral yang tidak baik kepada manusia dan ejen itu juga tidak mempunyai perasaan kemanusiaan kerana memperdangankan manusia iaitu Munni.

 

4) PERGADUHAN/RUSUHAN 


Nilai buruk yang terdapat dalam filem itu adalah pergaduhan. Terjadi rusuhan yang berlaku di hadapan kedutaan Pakistan di India yang memaksa mereka menutup semua pemprosesan visa selama sebulan. Selain itu, terdapat agenda pergaduhan Pawan bersama polis di balai polis. Matlamat Rukun Negara ialah membina perpaduan dan keharmonian yang kukuh menjadi asas perpaduan antara kaum demi kemakmuran dan keamanan Negara. Saling hormat menghormati dan bersatu padu antara sesama manusia. Objektif pembentukan masyarakat ialah memelihara cara hidup demokratik dan mencapai perpaduan yang lebih erat dalam masyarakat ini. Ini mempengaruhi pemikiran manusia untuk melakukan hal-hal yang tidak elok seperti pergaduhan atau rusuhan yang ditunjukkan dalam babak tersebut.

 

5) FITNAH TANPA USUL PERIKSA

Nilai buruk yang terdapat dalam filem ini adalah persengketaan antara India dan Pakistan. Dalam Bajrangi Bhaijaan terdapat babak konflik politik antara Pakistan dan India. Dimana ayah Munni tidak dapat pergi ke India kerana tidak mendapat visa oleh kerajaan India. Ini disebabkan ayah Munni pernah menjadi tentera Pakistan dan menentang tentera India pada suatu ketika dahulu. Selain itu, persempadanan antara India-Pakistan dijaga ketat oleh kedua-dua negara. Dalam falsafah praktikal terdapat bahagian politik. Ia memberi hasil yang pratikal dan menjadi nasihat yang berguna kepada kerajaan mengenai pentadbiran sesuatu negara, sistem kerajaan dan sebagainya. Ini mempengaruhi ke arah keburukan dimana tiada hubungan dipolmatik diantara kedua negara. Hubungan ini tidak terjalin diantara India dengan Pakistan disebabkan konflik ini.

 








 

No comments:

Post a Comment