Sebagai tugasan USK10102 Falsafah dan Isu Semasa, kami ditugaskan untuk melaksanakan projek kritik filem untuk menilai unsur ataupun isu yang terdapat dalam filem yang dipilih tersebut. Di dalam tugasan ini, kami sebulat suara telah memilih filem yang bertajuk Bajrangi Bhaijaan yang merupakan sebuah filem drama komedi India yang ditulis dan diarahkan oleh Kabir Khan.
AHLI KUMPULAN ⋆˙⟡♡✧˖°.
Terdiri daripada 8 orang pelajar daripada FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN di Universiti Malaysia Kelantan.
1) SITI NURSAZWANI BINTI BIJAKAN (H22B1341)2) DAYANG NURAZIRAH BINTI MOHD RAZALI (H22A1278)
3) SYUHERNITA NANDU (H22A1323)
4) NUR AFIDAH BINTI SARIPUDDIN (H22A1310)
5) NUR SUHADA BINTI ABDUL MAJID (H22A0308)
6) NURHIDAYAH FATIHAH BINTI MAT DAUD (H22B0008)
7)NURFARHANNAH BINTI YUSOF (H22A0658)
8. NUR LIANA NATASYA BINTI AHMAD IZHAM (H22A0449)
LATAR BELAKANG FILEM 🎞️
Filem Bajrangi Bhaijaan yang dimainkan oleh barisan artis terkenal iaitu Salman Khan, Kareena Kapoor, Harshaali Malhotra dan juga Nawazuddin Siddiqui ini mengisahkan tentang seorang penyembah Dewa Hindu Hanuman yang menghadapi pelbagai cabaran apabila dia memulakan perjalanan dan cuba untuk menyatukan semula seorang kanak-kanak Muslim Pakistan berusia enam tahun yang bisu, Munni yang telah berpisah di India daripada ibunya untuk pulang ke kampung halamannya.
Filem Bajrangi Bhaijaan ini dimulakan dengan memaparkan keluarga kanak-kanak perempuan yang bisu yang bernama Shahida ataupun digelar sebagai Munni yang menetap di satu kawasan pergunungan Pakistan. Munni tidak mengeluarkan bunyi dan bercakap sejak ia lahir menyebabkan keluarganya mengambil keputusan untuk membawanya ke sebuah tempat suci di India untuk berdoa supaya dia mampu untuk bercakap selepas satu kejadian yang hampir meragut nyawa Munni yang pernah terjatuh dari sebuah gunung dan tergantung pada sebatang pokok.
Dalam perjalanan pulang dari India, keretapi berhenti akibat berlaku kerosakan. Munni yang ternampak seekor kambing yang tersepit turun daripada keretapi untuk membantu. Ketika cuba untuk membantu kambing tersebut, keretapi tiba-tiba bergerak dan menyebabkan dia ketinggalan. Dan disebabkan dia bisu, dia tidak dapat menjerit untuk meminta pertolongan.
Tidak lama selepas itu, sebuah keretapi yang mengangkut barang berhenti ditempat yang sama. Dan ini memberi harapan kepada Munni untuk meneruskan perjalanan mengikut keretapi sebelum ini. Namun, keretapi itu sebenarnya berpatah balik dan membawa dia ke India. Di India, Munni bertemu dengan Pawan. Seorang lelaki yang baik hati dan sangat taat kepada agamanya Hindu. Pawan telah terjumpa dengan Munni yang sedang menangis dan tidak sampai hati untuk meninggalkannya bersendirian. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk membawa Munni pulang ke rumah.
Selepas mengetahui kanak-kanak itu tidak boleh bercakap, Pawan mengambil keputusan untuk menyatukan semula Munni dengan keluarganya dengan apa jua cara sekalipun, akan tetapi ada beberapa masalah yang Pawan hadapi apabila dia tidak mempunyai passport, tidak mengetahui asal usul Munni iaitu dari Pakistan.
Menariknya tentang Bajrangi Bhaijaan, filem ini memaparkan perbezaan antara agama Hindu dan Islam serta perbezaan antara India dan Pakistan. Ini dapat dilihat pada babak di mana keluarga Pawan sedang menonton perlawanan kriket antara India dan Pakistan. Ketika semua orang menyokong India, Munni bersorak untuk Pakistan dan meraikan kemenangan Pakistan. Dari situ mereka mendapati bahawa Munni seorang rakyat Pakistan. Tentang agama Munni pula, Pawan mengetahui selepas kejadian terserempak Munni memakan ayam (daging) di rumah jiran dan melihat Munni berdoa di Masjid.
Disebabkan tidak mempunyai passport dan terlalu banyak perkara yang perlu dibuat untuk mendapatkan passport daripada kerajaan India, Pawan mengambil keputusan untuk menyeberangi sempadan India-Pakistan secara haram dengan bantuan kaki seludup. Dalam babak ini boleh lihat bertapa jujurnya Pawan apabila masih mahu mendapatkan permintaan pihak berkuasa Pakistan di sempadan untuk masuk ke Pakistan walaupun sudah berjaya menyeberangi sempadan secara haram. Dia tetap tidak mahu meneruskan perjalanan selagi tidak mendapat izin untuk masuk walaupun ia akan dituduh sebagai pengintip India. Kejujurannya berjaya melembutkan hati pihak berkuasa tersebut.
Cabarannya tidak berhenti disitu apabila sepanjang di Pakistan, Pawan diburu oleh polis yang menyangka dirinya seorang pengintip. Pawan dibantu oleh seorang wartawan Pakistan iaitu Chand Nawab yang agak gagal dalam kariernya yang percaya dengan tujuan Pawan ke Pakistan. Walaupun berjaya menemukan Munni dengan keluarganya, Pawan berjaya ditangkap oleh polis. Babak Bajrangi Bhaijaan yang agak menyentuh hati, apabila rakyat India dan Pakistan bersatu untuk melepaskan Pawan dari lokap. Di mana penduduk-penduduk berarak dan berkumpul di pintu sempadan untuk membawa pulang Pawan ke India. Munni yang ternampak Pawan berlari untuk mendapatkannya yang ketika itu berjalan kaki menyeberang pintu sempadan. Di sinilah berlakunya keajaiban yang mampu membuatkan air mata sesiapa pun jatuh apabila Munni secara tiba tiba boleh bercakap dan menjerit memanggil nama Pawan.




No comments:
Post a Comment