UNSUR & MESEJ ✨

Di bahagian ini menunjukkan beberapa mesej dan isu yang kami perolehi di dalam filem Bajrangi Bhaijaan ini.

1) MENGHORMATI AGAMA LAIN SELAIN AGAMA YANG DI ANUTI

Dalam filem ini terdepat beberapa babak yang telah memperlihatkan dua buah negara yang memiliki perbezaan kepercayaan dari segi agama masing-masing iaitu negara India yang majoritinya menganuti agama Hindu manakala agama Pakistan menganuti agama Islam. Melalui mesej yang terselit dalam babak-babak yang dinyatakan ini, menunjukkan bahawa perbezaan kepercayaan dan agama tidak sepatutnya menjadi isu permusuhan dan jurang antara dua pihak namun sebaliknya mengukuhkan lagi hubungan toleransi antara dua pihak. 

 


Babak di atas menunjukkan bahawa Pawan Kumar membawa Munni/Shahida ke kuil untuk berdoa ke atas keselamatannya yang tersesat dan tiada hala tuju semasa waktu pertama mereka bertemu di sebuah gerai makan dan ketika Munni/Shahida memakan ayam di rumah jiran di mana Pawan mendatangi lagi kuil memohon keampunan ke atasnya disebabkan agama Hindu yang mengamalkan pemakanan vegetarian yang tidak membolehkannya memakan daging. Munni/Shahida yang sebenarnya beragama Islam hanya berdiam dan melihat Pawan yang membawanya ke kuil tanpa memberontak yang menunjukkan tanda hormat ke atas kepercayaan lain. 

 

Terdapat juga babak Munni/Shahida yang menghilang ke masjid untuk berdoa dan telah dijumpai oleh Pawan dan Rasika di mana Rasika terus menutupi kepalanya dengan selendangnya ketika masuk ke dalam masjid sebagai tanda menghormati tempat orang Islam untuk beribadah.

 

2) SENTIASA BERSABAR DALAM MENGHADAPI RINTANGAN

Kesabaran merupakan kunci dalam memperoleh sebuah kejayaan dengan menempuhi pelbagai rintangan. Dalam filem Bajrangi Bhaijaan ini telah memaparkan banyak babak yang menunjukkan nilai kesabaran yang perlu ada pada diri seseorang. 


Babak ini menunjukkan bahawa Pawan tetap sabar dan tegar berhadapan dengan askar-askar Pakistan yang sedang membuat rondaan di sempadan perantaraan India dan Pakistan. Pawan berusaha untuk berunding dengan askar Pakistan tersebut agar membenarkannya menghantar Munni/Shahida ke pangkuan keluarganya semula tanpa dokumen rasmi. Namun, usahanya tetap gagal dan lebih teruk lagi, Pawan dibelasah oleh askar-askar tersebut kerana Pawan masih tidak menyerah walaupun sudah diberi kesempatan untuk pergi.


3) PERASAAN KASIH SAYANG YANG TINGGI WALAUPUN BERBEZA AGAMA

Filem ini menyampaikan mesej agar setiap individu hendaklah memiliki kasih sayang sesama manusia walaupun terdapat perbezaan darah daging, agama mahupun budaya.

  • Bapa Munni/Shahida dan orang kampung berusaha mencarinya apabila dia belum pulang ke rumah daripada bermain dan akhirnya ditemui tersangkut di akar pokok yang sangat curam.
  • Pawan yang melihat Shahida/Munni seperti kelaparan memanggilnya datang dan memberinya minuman dan makanan untuk mengisi perut disebabkan rasa simpatinya.
  • Pawan berasa kasihan terhadap Shahida/Munni yang kehilangan hala tuju setelah terpisah daripada pangkuan keluarganya telah bertekad untuk menghantar dan membawanya ke pangkuan mereka di Pakistan walaupun Shahida/Munni tiada pertailan darah dengannya. Namun, disebabkan kebersamaan mereka selama beberapa hari telah melahirkan rasa kasih sayang terhadapnya seperti seorang anak.
  • Chand Nawab yang merupakan wartawan di Pakistan pada mulanya ingin mewujudkan sensasi terhadap Pawan akhirnya bekerjasama menolongnya untuk memulangkan Shahida/Munni ke pangkuan keluarganya dengan merakam setiap momen mereka sebagai bukti untuk disebarkan ke dunia atas kebaikan dan kasih sayang yang dilakukan oleh Pawan.
  • Shahida/Munni yang telah selamat sampai ke pangkuan keluarganya tetap tidak melupai jasa baik Pawan yang selama ini telah berkoraban untuknya, dia berusaha untuk melewati kesesakan orang ramai yang melihat kepulangan Pawan ke India di sempadan pagar agar tidak terlepas peluang untuk memeluknya dan menunjukkan rasa terima kasihnya kepada Pawan.

 

4) TOLONG MENOLONG ANTARA SATU SAMA LAIN

Tolong menolong merupakan satu keperluan dalam kehidupan kita. Sebagai manusia yang mempunyai kemampuan yang berbeza-beza, kelebihan yang kita ada dapat memberi manfaat kepada diri kita mahupun orang yang memerlukan. Utuk mewujudkan hubungan yang harmoni dan saling lengkap melengkapi sesama manusia maka manusia memerlukan atara satu sama lain.

  • Pawan mengajar kita supaya menhulurkan bantuan tanpa syarat, membantu dengan ikhlas tanpa mengambil kira latar belakang seseorang. Mesej ini disampaikan melalui sikap Pawan yang cuba membantu Munni/ Shahida dengan menghantarnya kembali ke pakistan walaupun nyawanya jadi pertaruhan. Pawan mati akal disebabkan oleh Munni yang asyik mengikutinya selepas dia ingin pulang daripada kedai makan. Akhirnya, Pawan membuat keputusan untuk menghantar Munni ke balai polis. Hal ini adalah kerana Pawan memikirkan bahawa ibu bapa anak kecil ini pasti sedang mencarinya.
  • Pawan dibantu oleh seorang wartawan Pakistan Chand Nawab. Chand  Nawab  kemudian  membuat  video  dan mnenggunggah  ke  internet  tentang  bagaimana  perjalanan  Pawan menghantar Shahida  pulang  ke  Pakistan  yang dengan rasa  cinta dan  kasih sayang,  namun  banyak  cabaran  yang dihadapi oleh Pawa disebabkan perbezaan agama  dan persetujuan dua  negara  India  dan  Pakistan.  Video tersebut  kemudian ditonton  oleh  ribuan  orang  di  kedua  negara  tersebut  sehingga membangkitkan rasa simpati dari kedua negara. Melalui proses ini akhirnya Pawan dibebaskan dan dikembalikan ke India. 

 

5) BERSIKAP JUJUR KEPADA SESIAPA SAHAJA

Jujur adalah sifat keperibadian yang sangat penting untuk dimiliki oleh seseorang individu. Peribadi yang jujur tentu akan mudah untuk mendapatkan kepercayaan orang lain. Sifat ini dapat ditunjukkan dengan satu babak dalam filem Bajrangi Bhaijaan.

  • Disebabkan tiada passport dan terlalu banyak karenah untuk mendapatkan passport daripada kerajaan India, Pawan mengambil keputusan untuk merentasi sempadan India-Pakistan secara haram dengan bantuan kaki seludup. Dalam babak ini boleh dilihat betapa jujurnya Pawan apabila masih mahu dapatkan permintaan pihak berkuasa Pakistan di sempadan untuk masuk dalam Pakistan walaupun sudah berjaya menyeberangi sempadan secara haram. Dia tetap tidak mahu meneruskan perjalanan selagi tidak mendapat keizinan walaupun dituduh sebagai pengintip India. 

 

6) BERTANGGUNGJAWAB DENGAN APA YANG DILAKUKAN

Tanggungjawab adalah kesedaran seseorang melakukan sesuatu kegiatan dan bersedia menjalankan risiko akibat perbuatan. Tanggungjawab termasuk tingkah laku manusia untuk sedar akan perbuatan dan kewajiban yang harus dilakukan.

 


  • Pawan adalah seorang yang sangat bertanggungjawab. Pawan berani membawa Munni untuk berjumpa dengan keluarga Munni walaupun pawan tahu perkara tersebut sangat sukar untuk pawan lakukan. Pawan sanggup melakukan apa sahaja untuk mengembalikan Munni kepada keluarganya. Pawan sanggup dikejar dan ditangkap oleh polis sehingga Pawan dipukul dengan teruk oleh Polis.


 

No comments:

Post a Comment