PENUTUP 📒

Berdasarkan filem Bajrangi Bhaijaan yang ditonton selama 1 jam lebih, kami dapat menyimpulkan bahawa kaitan terhadap konsep Falsafah dan Isu Semasa amatlah ketara. Melalui projek kritik filem ini juga kami mendapati bagaimana prinsip Falsafah dan Isu Semasa adalah asas kepada kehidupan dan amatlah diguna pakai dalam seharian kerana ia melibatkan bagaimana kita berfikir sebagai seorang manusia. 

Dalam laporan e-portfolio ini juga, membincangkan beberapa perkaitan yang meliputi prinsip dan konsep falsafah dengan mesej tersirat yang ingin disampaikan dalam filem Bajrangi Bhaijaan. Hal ini amat berguna kerana ia memupuk kami sebagai pengkritik filem dan juga pelajar untuk berfikir secara kritis demi mencari kebenaran dan aspek yang berkaitan dengan kursus yang dipelajari iaitu Falsafah dan Isu Semasa. 

Bercakap mengenai pengajaran, filem Bajrangi Bhaijaan ini merangkumi pelbagai pengajaran dan nilai positif yang boleh di aplikasikan dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah, menjadi seorang yang mempunyai sifat perikemanusiaan antara sesama manusia. Hal ini kerana individu lain akan menilai agama dan budaya kita dari segi perwatakan kita, kebaikan kita dan sifat perikemanusiaan dalam diri kita. Kita sebagai seorang individu yang membawa ajaran sesebuah agama dan budaya itu haruslah menunjukkan sikap yang baik kepada masyarakat lain. Sebagai contoh yang kita boleh lihat dalam satu babak daripada filem Bajrangi Bhaijaan dimana seorang yang berpengalaman dalam ilmu agama Islam mendekati Pawan dan berbuat baik kepadanya kerana itulah yang diamalkan sebagai seorang Islam. Hal itu sedikit sebanyak telah menyentuh hati kecil Pawan yang merupakan seorang penganut agama Hindu.




No comments:

Post a Comment